Header Ads

Header Ads
Selamat Datang di Website www.suarabamega25.com " KOMITMEN KAMI MEMBANGUN MEDIA YANG AKURAT DAN BERMANFAAT BAGI MASYARAKAT " Alamat Redaksi Jl. Berangas KM. 2.5 No. 20 RT. 05 Desa Batuah Kotabaru Kalsel, Contact Mobile : 0812-5317-1000 / 0821-5722-6114.

Manaqib Imam Habib Ahmad Bin Muhammad Al Muhdhor


Suarabamega25.com - Manaqib Imam Habib Ahmad Bin Muhammad al Muhdhor (Quwaireh) Zuriatnya tersebar di Malaysia dan indonesia

Masya Allah pada tahun ini 1441 Hijrah, Haul al Imam Habib Ahmad Bin Muhammad al Muhdhor (Sohib Quwaireh) dihadiri ramai dari pada alim ulama dalam dan luar negeri.

Antaranya, Mufti Tarim al Habib Ali Masyur Ben Hafiz, Mufakkir Islami al Habib Abu Bakar Adni, Mufti Syafie Makkah al Habib Umar Jailani, al Habib Muhammad Bin Abdullah al Muhdhor (Mufti Habban) para Munsib dan ramai lagi.

Berikut sedikit coretan biografi beliau yang mana keturunannya tersebar ke Indonesia dan Malaysia.
_____________________________

Beliau imam yang agung, sentiasa basah lidahnya dengan berzikir pada Allah, menghimpunkan segala cahaya dan rahsia daripada Rasulullah S.A.W., Sayyidatina Khadijah al Kubro, Fatimah Zahra’ Al Batul dan Imam Ali Bin Abi Talib.

Beliau Al Alim Al Allamah al Habib Ahmad Bin Muhammad Bin Alawi Bin Muhammad Bin Tolib Bin Ali Bin Jakfar Bin Abu Bakar Bin Imam Umar al Muhdhor Bin Syeikh Abu Bakar Bin Salim Bin Abdullah Bin Abd Rahman Bin Abdullah Bin Imam Abd Rahman (Assegaf) Bin Muhammad (Mauladdawilah) Bin Ali Bin Alwi Al Ghuyur Bin Imam (Faqih Muqaddam) Muhammad Bin Ali Bin Imam Muhammad (Sohib Mirbat) Bin Imam Ali (Kholi’ Qasam) Bin Alawi Bin Muhammad Bin Alawi Bin Imam Ubaidillah Bin (Imam Muhajir) Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Naqib Bin Ali Uraidhi Bin Imam Jakfar As Sodiq Bin Muhammad Baqir Bin Imam Ali Zainal Abidin As Sajjad Bin Sayyidina Husien Bin Fatimah Zahra’ Al Batul Binti Rasulullah S.A.W.

KELAHIRAN

Habib Ahmad al Muhdhor dilahirkan disebuah perkampungan di Kota Doan yang bernama “Ar Rasyid” pada tahun 1217 Hijrah. Beliau hidup dan ditarbiyah pada usia kecil bersama para keluarga sebelah ibunya daripada keluarga Al Ba Zar’ah. Bahkan beliau menghafal 30 Juz Al Quran sewaktu usianya sekitar 7 tahun.

KELUARGA

Ayahnya bernama Muhammad Bin Alawi al Muhdhor.

Ibunya bernama As Syeikhah Aisyah Binti Syeikh Muhammad Bin Abdullah Ba Zar’ah.

Adik - beradiknya seramai 2 orang iaitu :

1.Al Habib Alawi Bin Muhammad al Muhdhor

2.Al Habib Soleh Bin Muhammad al Muhdhor

PENGAJIAN

Beliau seterusnya melanjutkan pengajian ke Haramain Asy Syarifain (Makkah dan Madinah) bersama ayahnya dan tinggal disana untuk menuntut ilmu beberapa tahun.

Antara gurunya sewaktu disana ialah :

1.Syeikh Umar Bin Abd Karim Bin Abd Rasul Al Attar

2.Syeikh Muhammad Soleh Ar Rais Az Zamzami

3.Syeikh Allamah Ahmad As Sowi Al Misri (Pengarang Kitab Tafsir Sowi) beliau mengambil baiah Toriqah Khalwatiyah daripada beliau yang mengambil daripada Syeikh Ahmad Ad Dardiri daripada Syeikh Muhammad al Hafnawi daripada Qutb Kamil Sayyidi Mustofa Bin Kamaluddin al Khalwati


4.Syeikh al Muhaddis Abd Rahman Al Kazbari Ad Dimasyqi

Bahkan beliau juga mendapat pelbagai ijazah, nasihat dan bersambung ikatan dengan sanad – sanad mereka dan jalan periwayatan daripada mereka.

Manakala di Hadhramaut pula beliau berguru dengan ramai para alim ulamak arifbillah antaranya :

1.Habib Soleh Bin Abdullah al Attas (Wadi Amd)

2.Habib Umar Bin Abu Bakar Bin Ali al Haddad

3.Habib Abdullah Bin Idrus Bin Abd Rahman al Bar

4.Habib Ali Bin Jakfar Bin Muhammad al Attas

5.Habib Ahmad Bin Umar Ben Smith

6.Habib Hasan Bin Soleh Al Bahar Al Jufri (Pengarang Kitab Solat Muqarrabin) yang merupakan guru futuhnya dan yang membawa serta mencorak tarbiyahnya hati dan batinya

7.Habib al Allamah Hadun Bin Hud Bin Ali Bin Hasan Al Attas

8.Syeikh Al Allamah Abdullah Bin Ahmad Basaudan

9.Habib Abdullah Bin Umar Bin Yahya

MURID - MURIDNYA

Habib Ahmad al Muhdhor juga mempunya ramai anak murid yang sebahagian besar daripada mereka menjadi ulamak terkenal dan ramai pengikut serta membuka rubat dan madrasah yang tersebar ke pelusuk negeri Hadhramaut


1.Anak - anaknya sendiri iaitu Umar, Hadun, Hamid, Mihammad, Mustofa, Soleh dan al Haddar.

2.Al Allamah al Habib Abdullah Bin Hadun Bin Ahmad al Muhdhor (cucunya).Banyak menghabiskan masa dengan datuknya dan membaca pelbagai kitab antaranya kitab As Sohifatu As Sajjadiyah bagi Imam Ali Zainal Abidin As Sajjad dan meriwayatkan dengan sanad keluarga alawiyyin sebagaimana disebutkan oleh Habib Ahmad Bin Hasan al Attas.

3.Al Habib Tohir Bin Umar al Haddad

4.Al Habib Allamah Ahmad Bin Hasan Al Attas

5.Al Habib Allamah Ali Bin Muhammad al Habsyi

6.Allamah al Musnid Al Habib Idrus Bin Omar al Habsyi

ANAK DAN ISTERINYA

Al Habib Ahmad al Muhdhor mempunyai beberapa orang isteri dan dikurniakan beberapa orang anak :


*Isteri daripada keluarga al Habsyi*
Umar, Hadun dan Hamid

*Isteri daripada keluarga Syeikh Abu Bakar Ben Salim*
Mihammad, Mustofa dan Soleh

*Isteri daripada keluarga Jamalullail*
Al Haddar (daripada al Haddar inilah tersebar zuriat dan keturunanya di Kelantan, Malaysia)
 
Sebagaimana yang dikisahkan didalam manaqib beliau, Habib Ahmad Bin Muhammad al Muhdhor mempunyai ikatan hubungan dan kecintaan yang luar biasa dengan neneknya iaitu Sayyidatina Khadijah al Kubro.Banyak qasidah dan syair beliau dikarang memuji dan menyebutkan perihal Sayyidatina Khadijah al Kubro.


AMAL IBADAH DAN MUJAHADAH

Mujahadah beliau didalam melakukan amal ibadah begitu hebat, disebutkan beliau begitu mengagungkan Al Quran dan kehidupan hariannya membaca Al Quran lebih 50 tahun sebelum kewafatannya. Manakala beliau menggali liang lahadnya sendiri semasa hidupnya dan membaca serta mengkhatamkan Al Quran didalam liang lahad itu sebanyak 8000 kali sekitar 30 tahun sebelum kewafatannya.Tatkala salah seorang daripada anaknya iaitu Hamid melihat ayahnya membaca Al Quran didalam liang lahad yang digalinya sendiri dan bertanyakan kepada ayahnya “kenapa kamu sanggup bersusah payah wahai ayah sehingga sanggup membaca Al Quran didalam liang lahad ini?” Maka dijawab ayahnya “ Tidaklah menjadi bebanan buat aku andai sekiranya Rabiatul Adawiyah boleh membaca Al Quran di liang lahadnya sendiri dan mengkhatamkan 7000 kali bacaan Al Quran sebelum wafat.”

Bahkan, Habib Ahmad al Muhdhor sering menziarah maqam Syeikh Said Bin Isa Al Amudi di perkampungan Qaidun. Didalam perjalanan tersebut beliau akan membaca Al Quran diawal perjalanannya di Quwaireh dan mengkhatamkan Al Quran setibanya di Qaidun. Jarak antara Quwaireh dan Qaidun pada zaman itu mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Qaidun dengan perjalanan kaki secara biasa. Beliau akan menziarahi Maqam Syeikh Said Bin Isa pada waktu pagi atau petang dan akan pulang sebelum fajar untuk Solat Subuh di Quwaireh.

Beliau juga akan membaca ¼ daripada Al Quran setipa kali menunaikan Solat Sunat Dhuha setiap hari.

Beliau membina masjid berdekatan rumahnya dan menamakannya dengan Masjid an Nabiyyil Mukhtar. Pengajian ilmu dan rauhah serta mendidik para masyarakat dan murid - muridnya dijalankan dimasjid tersebut bersebelahan liang lahad yang digali oleh beliau.

KEWAFATANNYA

Habib Ahmad Bin Muhammad alMuhdhor bertemu dengan Sang Pencipta dan kembali ke pangkuan Allah S.W.T pada 7 Safar tahun 1304 Hijrah dan disemadikan di dalam liang lahad yang digali sendiri oleh beliau sebelum kewafatannya sekitar 30 tahun.

Beliau juga mengijazahkan untuk mengamalkan :

حسبي الله و نعم الوكيل : كل يوم سبعين مرة بعد صلاة العصر

Keturunan beliau banyak tersebar di Indonesia dan juga Malaysia. Antara yang terkenal di Indonesia ialah al Habib Muhammad Bin Ahmad al Muhdhor (Sohib Bondowoso) yang merupakan orang pertama membawa masuk acara marawis di Indonesia.Di Malaysia pula ialah daripada anaknya al Habib Haddar Bin Ahmad al Muhdhor iaitu al Habib Soleh Bin Haddar Bin Ahmad Bin Muhammad Al Muhdhor. Beliau tiba di Kelantan, Malaysia pada era pertengahan tahun 90 an daripada Indonesia kerana ingin menyelesaikan masalah Faraid (harta pusaka) di Bagan, Pulai Chondong yang ketika itu didiami oleh keluarga Rasulullah S.A.W.daripada keluarga Ben Yahya.

Seterusnya daripada beliau berkembang zuriat keluarga al Muhdhor di Kelantan sehingga kini.

1 komentar:

  1. izin share ya admin
    mari coba keberuntungannya bersama kami di F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasHapus